MADINATUR RAUDHAH & BAZAR TOK GURU
Madinatul Raudhah dan Bazar Tok Guru telah diilhamkam oleh PMBK untuk menawarkan pembangunan kediaman dan hotel berkonsep Islam yang lengkap di Kota Bharu selaras dengan dasar Kerajaaan Negeri membangun bersama Islam.
Oleh kerana matlamat konsep Islam ini, maka pembangunan di tanah seluas 5.9 ekar di Jalan Sultan Ibrahim ini mempunyai kelainan dari segi rekabentuk merujuk kepada Masjid Nabi SAW di Madinah. Diatas matlamat konsep ini juga maka YAB Tok Guru Menteri Besar menamakan projek ini sebagai Madinatul Rhaudhah.
Dari sudut lokasi, tapak ini berada di kawasan strategik iaitu di tengah-tengah bandar Kota Bharu dengan hanya 150 meter dari bulatan utama Bandar Kota Bharu (bulatan jam besar)
Komponen pembangunan projek ini adalah terdiri dari Hotel 5 bintang yang mempunyai 144 bilik, 3 blok apartment yang mempunyai 570 unit kediaman pelbagai jenis, Grand Bazzar yang mempunyai 450 unit bazaar dan kedai pejabat yang mempunyai 60 unit pelbagai saiz.
Grand Bazaar ini telah direkabentuk untuk menjadi bazaar terbesar di Pantai Timur Malaysia dengan fokus pemilikan kepada orang tempatan. Diatas tujuan ini harga jualan unit bazaar adalah sangat minima untuk memberi ruang kepada peniaga kecil memiliki aset strategik di Bandar Kota Bharu selaras dengan dasar kerajaan negeri sebagai negeri Kebajikan.
Projek ini akan menjadi pemangkin kepada industri pelancongan yang berkembang pesat di negeri Kelantan terutama di musim cuti dan perayaan. Ia juga akan menjadi salah satu ikon ke arah mencapai matlamat Kota Bharu sebagai Bandaraya Islam.
No comments:
Post a Comment